Sunday 26 October 2014

PENGENALAN SENI HALUS ARCA

SENI HALUS (ARCA)


Seni halus mempunyai 3 bidang utama iaitu catan, cetakan dan arca. Seni halus arca merupakan salah satu bidang seni halus yang bersifat dua dimensi (2D) ataupun tiga dimensi (3D) dan mempunyai estetikanya yang tersendiri. Seni arca ini merupakan penghasilan karya yang berbentuk 2D dan 3D yang dapat dilihat dari perlbagai sudut. Pengertian arca merupakan berasal daripada perkataan Latin iaitu sculpure yang merujuk kepada proses mengukir atau ukiran dan pemotongan. Manakala, pada zaman purba Greek pula arca adalah penghasilan karya yang berbentuk 2D iaitu arca relief (arca timbulan) dan yang berbentuk 3D iaitu yang boleh dibina di sekeliling dengan menggunakan media tanah liat atau lilin untuk membentuk atau menghasilkan arca manusia yang dihasilkan dengan kadar banding yang betul. Namun kini, pengarca tidak terikat dengan seni arca tradisional dengan mengukir atau pemotongan pada karya kerana terdapat pelbagai media-media dan teknik baru yang boleh digunakan dalam menyatakan ekpresi dan artistik individu tersebut.

SEJARAH SENI ARCA



Arca bermula pada Zaman Batu dan contoh paling awal diketahui adalah dua arca batu primitif yang dikenali sebagai Venus dari Berekhat Ram dan Venus dari Tan-Tan. Venus dari Berekhat Ram (yang berusia dari c.230,000 BCE) adalah arca berbentuk figura terawal dibuat dalam Tempoh Acheulian, yang ditemukan di Dataran Tinggi Golan. Venus dari Tan-Tan (c.200,000 BCE atau lebih awal) adalah patung kuarzit daripada tempoh yang sama. 






No comments:

Post a Comment