JENIS-JENIS ARCA
Arca merupakan realisme atau abstrak. Arca realisme ini menampilkan objek sebenar seperti ukiran dan acuan patung manusia iaitu dengan pengolahan prinsip seni kadar banding yang betul dengan objek sebenar. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi
untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan
peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan
melalui ekpressi diri dalam penghasilan karya arca.
Arca
Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi,
ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Arca
Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua
dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah
kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu
menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang
yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatan menarik.
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di
atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar
atau berombak.
Arca
Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak
terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau
bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh
bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang
dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Arca dinding
Diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalahintegrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat didinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dansebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arcadinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.
No comments:
Post a Comment