Sunday 21 December 2014

PROJEK TABLE SCULPTURE

Miniature Sculpture
Miniature sculpture untuk projek yang kedua ini adalah berukuran 4x6 inci dan tema pada awal projek ini adalah 'Pendidikan'. Namun begitu, terdapat sedikit masalah dalam proses penghasilan arca bertemakan pendidikan ini dari segi bahan dan kemudiannya tema projek kedua ini di tukar kepada 'PerakMan'.









contoh arca

 Lakaran Idea (Tema Pendidikan)













 Antara Hasil Mock-Up Yang Dihasilkan.



Proses Penghasilan 'table sculpture' PERAK MAN

Perak Man merupakan rangka tertuan yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka perak man telah dijumpai pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh iaitu di lembah Lenggong, Hulu Perak.


 
Membancuh p.o.p dan hasil muka perak man di masukkan ke dalam kotak blok kayu untuk membuat acuan perak man. Kemudian, bancuhan p.o.p akan dituang.



Proses mengeluarkan tanah liat.



Proses membakar timah sebelum dituang ke dalam acuan.


 Timah kemudiannya dituang ke dalam acuan.



Setelah kering, acuan di pecahkan untuk mengeluarkan hasil karya arca perak man dan dibersihkan.


HASIL AKHIR 'TABLE SCULPTURE' PERAK MAN









PROSES PENGHASILAN



Tanah diukir mengikut lakaran idea yang telah dipilih.

Setelah ukiran atas tanah siap. Proses seterusnya adalah untuk membuat mould. Getah silicon disapu atas permukaan ukiran tanah untuk membuat mould. Setelah mould siap, proses seterusnya adalah untuk menuang p.o.p seperti gambar diatas untuk membuat 5 lagi karya yang sama.





Proses mewarna salah satu dari karya dari p.o.p

Hasil akhir karya.


Sunday 26 October 2014

SUBJEK KAJIAN PILIHAN


JENIS-JENIS ARCA

Arca merupakan  realisme atau abstrak. Arca realisme ini menampilkan objek sebenar seperti ukiran dan acuan patung manusia iaitu dengan pengolahan prinsip seni kadar banding yang betul dengan objek sebenar. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui ekpressi diri dalam penghasilan karya arca. 


Arca Asemblaj

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.


Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.

Arca Mobail

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. 


Arca Stabail

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.


Arca dinding 

Diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalahintegrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat didinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dansebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arcadinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.

GAMBAR BANGUNAN WARISAN DI TANJUNG MALIM

Antara Gambar Bangunan Warisan